Sunday 14 November 2021

Bermain Bersama- sama Dengan Anak

Salah satu cara untuk mengalihkan perhatian anak daripada gadjet adalah dengan memberikan sepenuh perhatian kepada anak. Keadaan mencabar bila mana kebanyakkan ibubapa bekerja dan ada masa yang sangat terhad untuk meluangkan masa bersama anak. Anak cuma memerlukan 15 minit paling lama untuk mereka rasakan kebersamaan kita dengan mereka.

Tinggal sebentar segala gadjet telefon dan sebagainya untuk kita bersama anak - anak. Bermain apa sahaja permainan yang mereka minati. Saya selalunya akan bermain bola.  Baling bola atau sepak bola. Sama sahaja anak lelaki atau perempuan akan main boleh bersama - sama. Kadang jika lihat mereka bermain, saya akan sertai mereka. Contohnya si kakak akan bermain masak - masak, saya akan sertai dengan buat pesanan makanan dan berlakon makan serta puji masakan itu.

 "emm, sedapnya kakak masak ni". mama nak lagi ke? si kakak akan bertanya. "mama nak apa?" Tanya dia lagi. "Kakak masak apa lagi? Tanya saya semula. Begitulah saya membina komunikasi dan hubungan akrab dengan anak. Anak perempuan perlu pendekatan lebih lembut. Nampak macam remeh, tetapi anak sangat gembira walau sekecil pujian dan perhatian yang kita beri.




Wednesday 4 August 2021

5.6 Buat Jadual Harian

 Jadual harian sangat penting untuk kita merancang perjalanan gerak kerja seharian. Jadual bukan saja untuk kita sebagai ibu dan perkerja, tetapi penting untuk anak kita. Sebagai rujukan kita dan anak anak aktiviti apa yang mereka akan lakukan seharian. 

Mungkin kita rasa anak kita tidak perlukan, tetapi sebenarnya mereka boleh memahami peraturan dengan baik jika kita ajar dari awal. Ia membentuk disiplin anak sejak kecil dan mengelakkan mereka leka dengan aktiviti yang tiada manfaat. Lagilah musim pendemik ini, anak - anak berada di rumah, masa yang terluang sangat banyak.

Saya pernah suarakan cadangan pada anak saya sendiri, Mohamad dan dia memerima candangan itu. Saya rancang nak buat jadual, print dan tampal bagi mudah dilihat, sebab saya kadang lihat anak saya yang sulung, Mohamad jadi seperti bingung tidak tahu nak buat apa dan bermain apa terutama selepas menonton rancangan kartun di laptop. Biasanya saya akan bagi hiburan kartun dari utube dan saya pantau kartun apa yang ditonton. Kartun lawan - lawan memang saya elakkan.

Memang itulah kesan gadget pada anak, salah satunya anak akan jadi statik dan tidak aktif nak bermain secara fizikal. Fokus mereka terarah pada objek bergerak di screen dan kedudukan mereka statik semasa menonton rancangan dalam gadget samaada melalui laptop atau telefon bimbbit itu sendiri. Jadi, sangat perlu untuk kita rancang aktiviti anak untuk atasi masalah anak yang statik tersebut daripada berterusan.




Tuesday 15 December 2020

Ubah Karekter Untuk Lebih Santai Ketika Mengajar Anak

Membaca kaedah fonik sangat menyeronokkan. Anak-anak tidak bosan. Sejak mengajar fonik, karaker cikgu pun jadi seperti kanak-kanak-kanak gembira dan ceria. Tidak garang, kata anak murid cikgulah. 

Mohamad berbaju biru dan oren sertai kelas masa
umurnya 3 tahun setengah

Saya ini asal cikgu yang tegas mengajar di tadika dan sekolah rendah sebelum ini. Tegas bila mengajar dan memberi arahan. anak-anak tadika memang kenal dan akan faham karekter saya.

Bila mula mengajar di rumah ni saya sedikit-sedikit berubah jadi tidak garang dan sempoi. Anak-anak selesa dan seronok. Tiada nada keras atau nada tinggi yang diberikan pada mereka. Ya, saya belajar selami jiwa anak-anak ini.
Main tembak tembak. 

Anak-anak selesa dan nak datang kelas lagi, nak belajar lagi. Cikgu tak garang katanya. "Di sekolahkan, cikgu kita akan buat camni, (sambil menunjukkan aksi dua tangan tampar pada kedua-dua belah pipi) kalau tak dapat jawab" kata Dhirah. Anak murid kelas membaca saya.

Saya senyum je. Segarang-garang saya tidak pernah lagilah saya tampar pipi pelajar. Bahagian muka tidak boleh dipukul. Dulu mengajar setakat rotan, denda dan marah budak itu adalah. Tidak menyentuh mana-mana tubuh sensitif mereka. Kita ada batas.

Marah dan denda niat untuk mendidik mereka. Insyaallah mereka boleh terima. Banyak perkara yang kita lalui dalam hidup ini yang Allah takdirkan. Semuanya dengan izinnya. Tidak dapat mengajar di sekolah, saya dapat mengajar di rumah. Dapat juga menyebarkan ilmu dan kemahiran.

Jadi, kita perlu ubah karekter kita untuk selami jiwa anak - anak kita. Bukan mudah, namun, tak mustahil. Mesti boleh. Untuk dapatkan hasilkan luar biasa, tindakan pun bukan biasa - biasa. 

Hidup ini perjuangan. Perjuangan yang panjang sampai kita menuju pada Dia. Kita perlu menerima dan sesuaikan diri dalam apa juga keadaan. Menjadi hamba dan ibubapa yang lebih baik dari hari ke hari. Insyaallah!.




Wednesday 9 December 2020

Raikan Perasaan Anak Bantu Anak Tenang Belajar Dengan Kita

Anak kecil pun ada perasaan walau mereka belum faham sepenuhnya apa erti kehidupan. Namun, mereka juga akan ada hati yang sensitif. 

"Mama, nak peluk. Mama nak peluk". Kata Mohamad sambil menangis apabila kena marah.
Dia rasa bersalah, dia akan datang pada saya dan kata nak peluk. Kadang saya peluk, walaupun hati rasa geram.

Kadang saya minta dia datang pada saya peluk. Ingat balik, rasa teruknya saya, ego. Tak mahu pergi pada anak peluk, malah minta anak datang pada kita. Allah. Maafkan mama sayang.

Saya rindu bila dia kata nak peluk. Lama dah dia tak berkata begitu. Sejak dah tidur asing, tidur dengan adik, dia jarang nangis-nangis dah bila bangun tidur.

Sekarang ni dia suka merajuk kalau ditegur. Tapi rajuknya sekejap sahaja, sebab dia faham saya tak selalu nak pujuk dia. Kalau saya marah dia buat salah, dia akan minta maaf.

"Mama, Abang minta maaf. Abang minta maaf. "Kata dia dan peluk saya.

Allah saya menangis jika dia kata begitu. Saya pun minta maaf jika ada marah dia. Cium ubun-ubun dia, usap belakang kepala dia.

Allah ampunkan aku kerana menyakiti anak ini, ampunkan aku Ya Allah. Saya tak mahu anak saya takut saya tapi saya nak anak hormat dan sayang pada saya.

Allah menguji kesabaran membesarkan dan mendidik anak - anak. Anak ni apa yang kita corakkan. Mereka bersih, kita yang memberi warna pada mereka.

Usahalah perbaiki diri, mohon Allah bimbing selalu. Saya selalu bayangkan jikalah hari ini hari terakhir saya dengan anak, pasti saya akan sangat terkilan jika ada buat salah pada dia. Marah berlebihan pada dia.

Sebelum nak marah, tahan dan tenung wajah anak. Dia baru nak belajar kenal dunia. Dia baru beberapa tahun, kita dah berpuluh tahun. Sabarlah, kuatkan hati dan iman.

Bila kita sendiri tenang, anak pun akan tenang dan rasa selesa dengan kita. Nak mengajar pun tenang dan mereka nak belajar dengan kita pun seronok. Jangan ajar marah - marah. Tidak menghasilkan apa-apa pun, malah anak makin sukar fokus. Sabar dan tenang kuncinya. 




Perancangan Ibu Di rumah Nak Ajar Anak Membaca



Di rumah, pengurusan masa dan emosi paling utama. Dua element ini memainkan peranan dalam kelancaran pengurusan kerja di rumah dan kehamonian isi rumah. 

Ibu samaada kerjarumah atau kerja bisnes, kalau tak mampu urus masa dan emosi dengan betul, kerja apa pun tak jadi.





Hari hujung minggu, seawal 8 atau 9 pagi, saya dah mandikan anak-anak. Anak-anak saya pun dah biasa bangun jam begitu setiap hari.


Lepas mandi, makan sarapan, main, tonton televisyen . Mohamad, saya bagi tonton televisyen tapi sampai tengahari dah mesti tutup.  Petang pula. Anak - anak wajib tidur petang. Saya paksa mereka tidur juga. 

Namun, bila mereka dan menginjak usia, tidur siang susah sukar, mereka lebih memilih untuk bermain. Malam akan tidur awal. Waktu tengahari, saya pun rehatlah 15 - 30 minit. Perlu rehat, sebab saya kerja mengajar  petang & malam. Perlukan tenaga. 

Seterusnya, dalam jam 3petang - 5 petang, nak rempit masak malam pula. Nak masak apa setiap hari bersoal jawab. Perancangan perlu setiap hari. Bila teratur kita pun senang hati. Buat segalanya dengan gembira.



Kawal Penggunaan Gadget Kepada Anak

 Gadget berlebihan? Kemungkinan anak akan hadapi masalah sensori. Gadget bawa kesan buruk pada perkembangan anak. Anak sukar fokus belajar dan ganggu perilaku anak.


Ketika anak saya Mohamad berusia 4 tahun, saya masih mengawal tonton televisyen dan lihat handphone. Televisyen pun saya tetapkan dalam 3 - 4 jam sahaja sehari 

Nak pegang main telefon bimbit saya lagilah tidak boleh. Saya tak pernah bagi anak main sendiri telefon saya. Kadang, pergi kedai makan ke, rumah orang ke, mohamad akan tumpang lihat telefon kawan. Kesian tengok, tapi untuk kebaikan.

Nak tengok youtube, video dalam telefon saya pun 10 minit paling lama. Itu pun jika saya rasa keadaan dan masa yang sesuai. Topk pun mesti pendidikan. Jika kartun pun yang ada beri manfaat. Yang kartun lawan - lawan saya elakkan. 

Bagilah sikit, nanti tak kenal langsung, kemaruk bila sekali hadap. Mereka kenal sikit dan kita ajar bagaimana nak guna dengan baik. Saya akan tonton bersama - sama anak

Telefon ini, bila dah bagi, anak akan ketagih. Elok tak bagi langsung jika tiada keperluan. Jika nak menonton televisyen, saya akan cakap siap-siap. "Sekejap je ya. TV dah panas, tutup ya abang. Pukul 2 tutup TV ya".
Kawal, sederhana itu lebih baik.





Biarkan Anak Puas Bermain

  Nak ajar anak membaca memang memerlukan kesabaran dan perancangan. Namun, perlu banyak toleransi seiring dengan perkembangan anak. 

Pengalaman saya mengajar anak sendiri membaca memang diakui lebih banyak main-main je. 

Saya jarang ajar abang Mohamad,  anak saya secara formal. Lebih kepada cara santai - santai je. Saya lebih suka biar abang belajar sendiri. Maksudnya biar dia sendiri yang ada minat dengan buku dahulu. 

Biarlah dia puas bermain dulu, anak lelaki kesediaan belajar biasanya 6 tahun. Umur sebelum itu mereka akan banyak main dan kurang fokus untuk duduk lama belajar. 

Namun, apa yang mengembirakan saya, abang sudah boleh gabung na/ni/nu.. ba/ bi/ bu. boleh baca a..bu. a..na ketika dia berusia 4 tahun 3 bulan sewaktu saya mengajarnya. 


Rasa seronok sangat bila anak boleh baca walaupun sikit kerana saya pun tak serius sangat nak paksa abang pandai membaca cepat. Semak pun 3 minit je.

Mohamad ni, dia dah dengar saya mengajar sejak umur tiga tahun lebih. Saya mengajar membaca di rumah sambil dia sertai sekali. Dia sudah boleh duduk dan dengar. Aktiviti sokongan pun dia minat sertai bersama. 

Setiap anak potensi berbeza, sehingga hari ini jika ada buku dia akan suka nak baca dan bertanya. Tanpa saya suruh baca dia sendiri akan ambil buku dan fokus juga buat latihan sendiri. Nampak kesediaan dia untuk belajar. 

Jadi, usah desak anak jika belum bersedia. Namun berikan galakkan dalam masa yang sama. Insya-alllah, semoga dipermudahkan ibubapa nanti untuk mengajar anak sendiri membaca di rumah. 





Bermain Bersama- sama Dengan Anak