Saturday, 21 November 2020

Tips 5K Nak Ajar Anak Membaca Di Rumah


K yang pertama ialah Komunikasi 

K yang kedua ialah Kasih Sayang


K yang ke tiga adalah Khusus atau Khas


K yang ke empat ialah Konsisten 


K Yang ke lima ialah Kesimbangan

Komunikasi

Dua hala komunikasi. Ibubapa perlu ada komunikasi dua hala dengan anak. Bukan biarkan anak belajar berseorangan. 

Usah biarkan anak menghadap buku tetapi ibubapa menghadap telefon. Anak akan berada di dunianya sendiri dan sukar untuk kita pantau prestasi anak nanti. 

K Kasih Sayang
Ajar penuh kesabaran, pujian dan galakan. 
Tegas bukan keras serta penuh kesabaran. Ajar anak sendiri biasanya ibubapa akan jadi garang sikit. 

Namun, dengan ilmu yang betul insyaalllah, mampu mengajar anak dengan baik. Kita tak mahu emosi anak tercedera dan trauma bila nak belajar membaca. Akhirnya anak terus hilang minat belajar. 

K Khusus atau Khas
Waktu yang khusus 15 minit mininum untuk ajar anak membaca. Khas untuk seorang anak sahaja. Jika ada tiga anak yang berbeza umur, perlu asingkan masa mengajar mereka. 

Ianya kerana umur berbeza tahap dan perlukan pendekatan yang berbeza. Boleh sekali belajar, tetapi semak perlu minimum 15 minit bergantung fokus anak. 

Sebaiknya sediakan tempat khas serta buku khas untuk anak belajar. Perlu ada meja dna kerusi dan dalam suasana yang selesa seperti di dalam bilik bukan di depan televisyen. 

K Konsisten
Kerap walau sekejap. Berterusan. 
Perancangan mengajar perlu ada tetapi tidaklah terlalu santai. Sebaiknya perlu sediakan jadual dan tampal bagi peringatan untuk terus bersemangat untuk mengajar anak di rumah. 

Cabaran mengajar membaca anak di rumah sangat besar dan nampak sukar jika tiada perancangan dan semangat yang jitu. Ibubapa juga perlu sentiasa tambah ilmu dari semasa ke semasa. 

K Kesimbangan
Seimbang jasmani, rohani dan akal
Makanan seimbang dan sihat, bantu anak mengingat. 

Jasmani perlukan aktiviti fizikal, anak ceria dan kurang meragam. AKtiviti melibatkan mental penting untuk melatih ketajaman akal dan untuk latih anak fokus lebih lama ketika belajar. 


No comments:

Post a Comment

Bermain Bersama- sama Dengan Anak