Monday, 30 November 2020

Sediakan Ruang Untuk Anak Membaca

Di rumah, ibubapa perlu sediakan ruang khas walaupun kecil sudut untuk membaca. Susun buku atau rak buku di ruang yang anak boleh nampak dan capai buku dengan mudah.

Susun buku dengan mempamerkan bahagian muka depan buku. Ia bertujuan untuk menarik perhatian anak dengan buku. 

Sediakan juga meja dan kerusi untuk anak lebih selesa dan leka membaca. Jika tiada, boleh hanparkan tikar atau alas untuk anak duduk dan leka membaca. 

Dalam proses kita nak anak membaca mungkin anak akan menconteng atau mengoyakkan buku. Bertenang! Jangan marah. 

Ajak anak menampal semua halaman yang dikoyakkan. Ia mendidik anak sikap bertanggungjawab  


Mewujudkan Suasana Membaca Di Rumah

 Nak anak minat membaca, ibubapa perlu terlebih dahulu menunjukkan minat membaca. Membaca bersama anak - anak. 

Anak banyak belajar melalui apa yang dilihat. Bila lihat ibubapa sendiri membaca buku, mereka akan terdorong untuk mengikut sama membaca.

Setiap hari perlu paling singkat 5 minit untuk duduk dan buka buku. Menurut Dr Rizal Abu Bakar, Pakar Otak, otak manusia perlukan pengisian setiap hari supaya dapat menambahbaik neutron.

 Neutron membantu fungsi otak untuk mengingat. Salah satu cara mengaktifkan neutron itu adalah dengan membaca setiap hari. 

Lebih banyak membaca, lebih bantu kita mengingat dengan lebih baik. Jadi, perlu membaca setiap hari. Supaya ada daya berfikir dan ingatan yang baik. 

Sediakan masa yang sesuai untuk kita dan anak - anak membaca bersama. Jika anak yang belum mahir membaca, kita yang perlu bacakan untuk mereka. 


Wednesday, 25 November 2020

Bagaimana Anak Kecil Membaca?

 


Anak kecil mudah dilatih membaca kerana mereka mempunyai kekuatan ingatan menyerap apa yang didengar dan dilihat lebih cepat berbanding orang dewasa. Pernah ada kajian menyatakan anak kecil lebih mudah diajar untuk menguasi sesuatu bahasa dari kecil. 

Sebagai contohnya, jika kita bangsa melayu yang bertutur menggunakan bahasa perantaraan bahasa melayu, namun ingin anak mahir bertutur bahasa lain seperti bahasa inggeris dan mandarin, ianya boleh dimulakan ketika anak awal usia. Ini untuk belajar bertutur, ia banyak melibatkan apa yang anak dengar dan sebut.

 Untuk membaca pula anak keci akan membaca dengan memecahkan pola bunyi tertentu untuk digabungkan menjadi sebuah perkataan. Ia melibatkan kemahiran penglihatan, iaitu melihat dan menghubungkaitkan bunyi apa yang dilihatnya itu. Semakin dekat perkaitan bunyi dan perkataan itu, semakin mudah anak membaca dengan lancar.

Jika kaedah membaca menggunakan Fonik Gabung Bunyi, anak akan menyebut bunyi dan gabung bunyi tersebut. Bunyi - bunyi tersebut adalah sangat hampir dengan bunyi perkataan yang dibaca.

Contohnya perkataan abu. Dalam kaedah fonik, kita akan sebut aa dengan membuka mulut luas. Manakala b dengan bunyi beh, dengan bibir rapat dan diletupkan dan u dengan bunyi uu iaitu mulut dimuncungkan. Hasil daripada gabungan bunyi - bunyi ini, maka anak akan baca perkataan abu. Baca terus, tidak mengeja atau menghafal.

Kaedah fonik ini sangat dekat dengan perkataan yang di sebut tadi dan ada perkaitan bunyi dalam perkataan itu. Maksud fonik itu sendiri adalah bunyiterkecil dalam bahasa pertuturan.

 Bagaimana kita ajar anak bertutur, begitulah kita ajar ana membaca. Ianya berkaitan dengan bunyi. Sebab itu kaedah fonik sangat membantu anak kecil membaca dengan lebih baik.









Adakah Ibu Surirumah Sepenuh Masa Atau Bekerja Di Rumah Lebih Banyak Masa Mengajar Anak

 Ibu surirumah sepenuh masa atau bekerja di rumah bagi saya sama sahaja dengan ibu yang bekerja di luar. Bezanya tempat kerja sahaja. Jarak tempat kerja, gerak kerja dan suasana kerja sahaja yang berbeza. Ia bukan masalah ibu bekerja atau ibu tidak bekerja. Ia mengenai pengurusan masa dan emosi. Jika ibu bekerja di rumah atau surirumah sepenuh masa, namun tiada pengurusan masa dan emosi yang baik, proses pembelajaran anak tidak dapat juga dilaksankan dengan baik.

Lebih banyak masa mengajar anak ke? Sama sahaja kerana kualiti masa itu yang kita lihat bukan kuantiti masa. Saya sendiri telah menjadi suri rumah sepenuh masa dan surirumah bekerja di rumah selama 5 tahun dan kini masuk tahun ke 2 saya menjadi ibu bekerja di luar rumah pula. Namun, tetap bekerja bersama anak-anak. 

Surirumah sinonim kerjanya di rumah. Urus hal rumahtangga dari celik mata dan urus perihal anak -anak dari urusan memandikan mereka, beri makan, layan anak, bermain bersama anak dan mengajar anak. Itu belum lagi perihal kerja bisnes yang mereka uruskan. Kebanyakkan ibu -ibu sekarang ramai yang menjadi surirumah bekerja di rumah. Buat bisnes dengan anak-anak di sebelah. Sambil dokong anak, sambil jawab pertanyaan pelanggan. Ia kebiasaan hari ini.

Jika ibu bekerja mungkin tugas uruskan anak itu, diamanahkan kepada pengasuh, jadi mereka fokus kerja hakiki di tempat kerja sahaja, Balik dari kerja baru lihat perihal anak dan rumah. Namun, penatnya sama sahaja. Sudah namanya seorang ibu, pengorbanannya pasti lebih berbanding yang lain.

Berbalik kepada ibu surirumah atau ibu bekerja di rumah perlu juga buat jadual dan tampal agar sentiasa nampak perancangan harian. Godaan di rumah tidak sama di tempat kerja di luar. Rasa nak rehat, oleh rehat sahaja. Rasa nak buat apa sahaja, sukahatilah sebab rumah sendirikan. Bahaya! Sebab itu perlunya jadual yang ditampal untuk mengela terlalu lama atau leka dengan sesuatu urusan yang kurang penting.

Lebih banyak masa kosong sebenarnya ia membuka ruang untuk lebih banyak penyelewengan masa jika ia tidak diuruskan dengan sistematik. Sebagaimana Allah mengingatkan manusia tentang masa dalam Al Quran, Surah Al Asr. Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal soleh seta berpesan kepada kebenaran dan kesabaran. 

Jadi, uruslah masa sebaik mungkin supaya setiap saat itu bermanfaat. Bukan untuk anak dan keluarga sahaja, tetapi untuk diri sendiri. Selitkan aktiviti kerja rumah dengan anak anak sambil mengaja mereka membaca. Sebagai contoh jika hai tersebut ibu buat juadah berasaskan tepun seperti buat doh donat. Boleh ajar anak bentukkan simbol huruf atau bunyi yang kita nak ajar. Belajar secara santai tetapi sampai. Boleh juga lakarkan bentuk hurif guna tepung. Tidak mengapa rumah agak bersepah, janji anak anak pandai. Namun lepas itu kemas semula. Kemas bersama -sama. Anak tentu seronok. 






Pengurusan Masa Ibubapa Bekerjaya

 Ibubapa berperanan besar membantu anak belajar membaca di rumah. Pengurusan masa perlu dirancang sebaik mungkin supaya tidak culas dan terus bersemangat membantu anak kita belajar membaca. Rancang aktiviti tiap hari dan sesuaikan ikut keadaan. Usah terlalu terikat tetapi harus sentiasa beringat. Kerjasama antara ibu dan bapa memainkan peranan penting dalam proses anak belajar membaca ini.

Ketika inilah ibu bapa harus ada toleransi dan kerjasama dalam mendidik anak - anak. Usah biarkan pasangan keseorangan sahaja membantu anak belajar. Sentuhan ibu dan ayah memiliki cara dan aura tersendiri. Sudah tentunya jika kedua-duanya bergabung, pasti dapat hasil yang luar biasa. Insyaallah.

Jika perlu mengajar anak sendirian tanpa bantuan pasangan, ia tidak menjadi masalah kerana anak cenderung mengikut siapa yang lebih suka mencipta pengalaman dengan mereka. Sebab itu, jika kita lihat anak tidak boleh ingat semua mainan yang mereka ada walau beratus mainan murah dan mahal yang kita beri pada mereka. Namun, mereka boleh ingat kenangan dan memori yang kita cipta bersama mereka. 

Disiplin susun waktu untuk ajar anak membaca di rumah walau pun sekejap. Disiplin kunci kejayaan apa sahaja perkara yang kita buat. Buat jadual aktiviti bersama anak dan tampal jadual tersebut. Lagi kerap kita lihat perkara itu, lagi ia melekat dalam kepala kita. Paksa diri jika ras malas atau terleka, ceat kembali keda matlamat asal untuk lihat anak mahir membaca dan menjadi generasi celik ilmu pengetahuan.

Ibubapa bekerja perlu maksimakan penggunaan waktu sebaik mungkin untuk mengelak daripada berlaku pembaziran masa dengan perkara yang kurang penting. Selepas pulang kerja, luangkan masa untuk bertanya perihal anak dan beli jiwa anak. Supaya anak rasa keberadaan kita sebagai peneman mereka dan lebih mudah untuk kita tarik mereka belajar membaca nanti.

Setiap hari luangkan masa untuk menyemak bacaan anak di rumah paling sekejap 15 minit. Biar sekejap tetapi kerap dan beterusan. Ia lebih baik daripada lama tetapi tidak kerap dan akhirnya anak akan cepat lupa apa yang diajar. Bukan alasan masa terhad untuk tidak ajar anak sendiri membaca di rumah. Kadangkala, mereka yang sibuk ini, lebih tersusun masanya. Mesti boleh ajar anak sendiri!












Kenapa Anak Ketagih Gajet

 Gajet hari ini sepeti sudah menjadi keperluan. Jika dibandingkan era kita zaman dahulu, gajet ini tidak semua mampu dan tidak mahu ambil peduli pun. Namun zaman anak kita sekarang, apabila dapat gajet semua benda sudah tidak peduli lagi. Sanggup tahan berejam tidak makan, tidak mandi malah tidak mahu buat apa - apa dan hanya menghadap gajet sahaja. 

Selain telefon pintar, tablet, ipad, televisyen juga antara gajet yang akan ada di setiap rumah. Siaran yang digemar anak sudah semestinya kartun. Anak memang akan leka dan duduk fokus menghadap televisyen. Jika tidak dikawal, 24jam pun mereka kan sanggup hadap kecuali mereka dah kepenatan dan tertidur sendiri.

Kenapa anak ketagih jika diberi gajet tersebut? Ha, topik ni sangat biasa kita baca tentang ketagihan gajet, namun pernah ke kita buat kajian mengapa ia berlaku. Menurut pakar otak, Dr Rizal Abu Bakar, di dalam kajian beliau mengenai otak, ketika anak mengadap gajet, di dalam sistem otak akan ada satu bahagian otak di namakan "Nucleus Accumbens" yang berfungsi merembeskan hormon gembira. 

Ketika anak menghadap gajet, hormon gembira tersebut akan dirembeskan dan semakin lama terdedah dengan gajet, semakin banyak hormon dirembeskan sehingga ia tidak terkawal dan seterusnya akan mengakibatkan ketagihan.

Jadi, boleh ke kita kaitkan apakah kesan gajet tanpa kawalan ini terhadap kesihatan otak anak kita. Tentunya ia akan memberikankesan buruk jika gajet ini kita berikan berterusan pada anak. Kawal dan tidak perlu bagi terus pun lebih baik.


Faham Fitrah Anak

 Fitrah anak itu bermain. Fitrah anak itu juga sukakan perhatian. Sebelum nak anak belajar membaca, ibubapa perlulah faham ftrah anak supaya tidak menajadi ibubapa yang terlalu mendesak anak untuk pandai semua perkara tanpa melihat kemampuan anak.

Mengajar anak kecil memerlukan kesabaran yang tinggi. Kadang kita rasa lebih sukar mengajar anak sendiri berbanding anak orang lain. Betul ke? Ianya jadi susah jika kita tidak ada ilmu mengenal fitrah anak dan memahami fitrah mereka.

Dunia anak adalah bermain. Kadang bila kita mengajar anak, kita rasa mereka tidak mendengar apa yang kita ajar jika mereka tidak duduk diam seperti melompat -lompat atau baring santai semasa belajar. Sudah namanya belajar di rumah, tentulah pelbagai ragam dan coraknya kita akan lihat. Ia tidak bermakna anak tidak belajar. Mereka belajar sambil bermain. Itu memang fitrah mereka terutama anak di usia 0 hingga 4 tahun.

Sumber Gambar: Koleksi Peribadi.

Di atas ini, gambar anak saya Mohamad ketika usianya 3 tahun lebih. asya tidak fokus dia untuk belajar membaca, tetapi lebih kepada mendorong dia untuk minat buat aktiviti dan latih fokus dia. Fokus anak kecil tidak lama pada awalnya. Setiap hari, seperti kata OT Aisyah Rozali, masa yang kita patut luangkan untuk beraktiviti dengan anak hanya 15 minit seorang anak. Jadi kita perlu lakukan aktiviti bersama -sama anak dahulu, mungkin permulaanya hanya 5 minit, tak mengapa, selepas itu boleh biar anak bermain sendiri sampai mereka jemu. Besoknya, boleh tingkatkan lagi masa lebih lama sikit bermain bersama anak itu. 

Jika kita nak ajar anak membaca di awal usia, saya cadangkan usia paling anak 3 tahun 8 bulan. Usia ini juga di mana anak boleh dilatih mengenal simbol dan bunyi. Usia anak ketika ini, kita tidak boleh mengharapkan fokus anak tetapi lebih kepada menarik minat anak untuk belajar. Jika dah minat tentu mereka akan fokus lebih lama. Sama seperti kita dewasa pun, jika dah suka, tentu kita akan lebih lama bagi perhatian. 

Anak akan fokus lebih lama dengan sesuatu yang menarik perhatiannya. Namun, anak juga fitrahnya cepat jemu. Jadi jangan lama sangat kita nak anak buat sesuatu aktiviti dan pelbagaikan aktiviti setiap hari. 


Memilih Kaedah Yang Bersesuaian Untuk Anak Belajar Membaca

 Ibubapa yang mahu mengajar anak membaca di rumah perlulah tahu serba sedikit mengenai kaedah yang digunakan untuk mengajar membaca. Untuk memilih kaedah tersebut, terlebih dahuli ibubapa perlu mengetahu tahap kemampuan anak. Selain daripada melihat faktor umur untuk mengetahui kemampuan anak, ibu bapa perlu lihat beberapa faktor lain seperti bagaimana persekitaran anak seperti sejarah  pendidikan, pemakanan, kelahiran, keturunan dan kesihatan.

Faktor -faktor ini antara elemen yang akan mendorong kepada pemilihan kaedah yang bersesuaian untuk anak. Setiap anak tidak sama kemampuannya sebagai contoh, ada anak yang mudah mengingat dalam masa yang singkat. Namun ada  juga yang sukar mengingat malah cepat lupa walau baru beberapa minit mendengar apa yang kita ajar kepada mereka. Kita kenal anak kita jenis bagaimana.

Jadi, pemilihan kaedah haruslah kaedah yang tidak membebankan anak supaya tidak hilang rasa minat dan seterusnya membina keyakinan membaca. Ada pelajar yang pernah belajar dengan saya, ketika awal -awal dia belajar, dia agak takut dan tidak yakin untuk mengeluarkan suara. Jika belajar membaca, untuk anak yang normal, jika tidak mengeluarkan suara itu adalah sesuatu yang tidak normal. Mesti ada punca kenapa anak rasa takut nak bersuara. Boleh jadi rasa anak tersebut takut akan dimarahi jika salah sebut atau lupa apa yang diajar.

Ibubapa harus lihat keadaaan anak bagaimana. Untuk anak yang mungkin ada masalah untuk mengingat, kaedah fonik gabung bunyi adalah kaedah yang sesuai untuk anak tersebut. Ia lebih mudah dan santai serta mengikut fitrah anak tersebut. Anak tidak perlu menghafal beribu pola suku kata atau mengeja nama huruf. Ianya kaedah yang lebih meringankan otak anak. Malah ia kaedah yang mneyeronokkan jika disampaikan dengan teknik yang betul.

Usah samakan keadaan kita dengan anak kita. Anak kita hidup di zaman yang berbeza dengan kita. Banyak faktor yang mendorong anak sukar menghafal banyak perkara pada masa yang singkat berbanding dengan kita dahulu yang mungkin mudah menghafal beribu pola suku kata. Kita ketika belajar di zaman kita, kita tidak banyak gangguan dan godaan yang membantutkan memori dan fokus. Berbeza dengan anak kta sekarang. Didiklah anak mengikut zaman mereka, bukan zaman kita dulu.

Dengan pemilihan kaedah mengajar membaca yang bersesuaian,  kita tidak rasa tertekan dan lebih tenang membantu anak belajar membaca. Ibubapa sendiri akan rasa santai dan seronok. Percayalah!



Tuesday, 24 November 2020

Nak Ajar Anak Bahasa Apa Dulu?

Bahasa apa nak ajar anak dulu? Ini antara persoalan yang sering ditanya ketika ada ibu apa nak masukkan anak ke kelas membaca di Sitikids.

Kebiasaannya, saya akan cadangkan anak kuasai pembacaan dalam bahasa melayu dulu. Kerana ianya bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan. Jadi malulah jika anak melayu tidak boleh membaca bahasa melayu.

 Bangsa lain berlumba - lumba nak belajar bahasa melayu. Kita bangsa melayu, perlu lebih dahulu lancar membaca bahasa bangsa sendiri. Bahasa jiwa bangsa!.

Selepas sudah lancar membaca bahasa melayu, baru boleh fikirkan untuk lancarkan membaca dalam bahasa inggeris atau bahasa-bahasa lain. Bina keyakinan dan minat belajar anak dahulu. 

Kenapa saya sangat tekankan keyakinan anak dalam membaca. Kerana saya pernah ada pengalaman mengajar anak melayu yang fasih membaca mandarin tetapi masih belum lancar dan masih tergagap - gagap membaca bahasa melayu dan beliau sudah  berusia 9 tahun. Umur yang patut sudah lancar membaca melayu. 

Usia bukan penentu kelancaran anak membaca, yang penting adalah usaha yang kuat serta berterusan. Anak seawal 4 tahun tahun pun boleh membaca. Jika sudah terlewat, tidak mengapa, tidak salah pun, tetapi perlu segera diusahakan untuk lancar membaca. 

Jadi, mulakan bahasa yang anak mudah kuasai dahulu. Melainkan jika anak memang lahir kita sudah dedahkan dengan bahasa inggeris. Percakapan dan perbualan semua pun menggunakan bahasa inggeris, bolehlah mula untuk masuk kelas membaca bahasa inggeris. Ianya untuk mengelak anak keliru. Kerana dua bahasa ini sangat berbeza. 

Pengguasaan bahasa inggeris tidak sama seperti bahasa melayu. Ia bahasa yang kompleks dan terdapat beberapa bahagian untuk di kuasai seperti penulisan, pembacaan dan pemahaman. Ia lebih kompleks berbanding bahasa melayu. 

Kesimpulannya, mulakan dengan mengajar anak kuasai pembacaan bahasa yang mereka biasa dahulu. Ia untuk membantu anak bina minat membaca dan kenyakinan diri anak itu sendiri. Jika di sekolah tidak boleh baca, tentu sukar anak nak buat kerja sekolah. Membaca penting untuk proses pembelajaran seterusnya. 

Sunday, 22 November 2020

Kenali Karekter Anak Sebelum Ajar Membaca

 Terdapat tiga karekter anak yang perlu dikenal pasti oleh ibubapa sebelum ajar mereka membaca. Yang pertama Visual, kedua Audio dan ke tiga Kinestatik.

Untuk anak jenis Visual, pembelajaran lebih tertumpu kepada penglihatan. Anak lebih mudah mengingat apabila melihat gambar, simbol atau objek di depan mata. ialah lebih kepada gambar. Aktiviti yang melibatkan kad imbasan atau video membantu anak mudah belajar.

Seterusnya, untuk anak jenis Audio. Anak lebih cenderung belajar melalui pendengaran. Pembelajaran yang mengandungi intonasi, bunyi dan lagu sangat sesuai dengan anak ini.  Aktiviti menyanyi akan menarik perhatian anak ini untuk fokus lebih lama belajar. 

Yang terakhir untuk anak jenis Kinestatik. Anak jenis ini suka belajar apabila terdapat aktiviti pergerakan yang melibatkan pengunaan motor kasar dan motor halus. Aktiviti melompat sambil belajar akan buat anak ini fokus lama untuk belajar. 

Sumber Gambar: Koleksi Peribadi

Penting untuk kita kenal karekter anak supaya kita dapat tahu aktiviti yang bersesuai untuk mereka. Ia untuk bantu anak dapat fokus lebih lama dan ibubapa sendiri tidak stress. 

Apabila salah kenal anak, kita sukar nak faham kenapa anak kurang fokus dan tidak minat belajar. Itu yang jadi emosi ibubapa sendiri tidak dapat dikawal dan cepat putus asa nak bantu anak.

 Jadi, sudah tahu karekter anak ini, boleh fikirkan aktiviti yang bersesuaian dengan mereka nanti. 

Pemakanan Seimbang Untuk Bantu Anak Lebih Fokus

Nak sihat badan, jaga makan. Nak sihat minda, perlu jaga makan juga. Tidak dapat tidak, pemakanan anak sangat penting untuk bantu anak ada ingatan dan fokus lebih baik. 

Apa yang dimakan akan mempengaruhi tahap kemampuan anak mengingati, ketajaman minda dan tingkahlaku anak. 

Beri makanan berkhasiat pada anak dan kurangkan makanan yang mengandungi pengawet dan perisa berlebihan. Kurangkan juga makanan manis. 

Banyakkan beri anak makanan berprotien tinggi untuk bentuk sel darah merah supaya jaringan sistem imun anak lebih kuat. Selain itu sumber vitamin daripada buah-buahan dan sayuran juga penting.

Antara makanan yang perlu dielakkan ialah makanan yang mengandungi gula yang tinggi. Kek, biskut, gula - gula, coklat dan keropok yang mengandungi bahan perisa dan pengawet berlebihan.

Ia perlu dikurangkan untuk mengelak anak jadi terlebih aktif disebabkan gula yang berlebihan dalam badan. Anak sukar duduk diam dan cepat bosan jika belajar. Mereka tidak dapat memberikan tumpuan dalam jangka masa yang lama. 

Paling perlu dielakkan makanan segera seperi mee segera. Memang mudah pengnyediaan tapi kesan buruk untuk jangka masa panjang. 

Saya sendiri berjuang untuk mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Sarapan pagi ambil wrap, daging ayam panggubg dan salad serta timun. Tanpa sos atau mayonis. 

Sumber Gambar: Koleksi Peribadi 

Makan pelan pelan sambil nikmati rasa makanan. Cepat kenyangnya. Sambil conteng conteng untuk perancangan Sitikids. Kita nak anak makan yang sihat, kita sendiri perlu amalkannya dulu. 

Rasa otak lebih aktif dan cerdas untuk berfikir. Badan pun tak cepat lesu. Kalau terlebih mengambil makanan manis, saya akan cenderung untuk keletihan cepat fan emosi pun bercelaru. 


Umur Berapa Patut Anak Boleh Membaca?

 Anak zaman sekarang pembelajaran serba cepat, tak macam zaman kita dulu. Sekolah jika dan masuk 7 tahun, darjah 1 biasa cikgu tak fokus untuk latih anak membaca. Biasa cikgu akan fokus nak penuhi keperluan pembelajaran dan silibus sekolah.

Persoalannya, umur berapa yang paling sesuai untuk anak belajar membaca? 

Jawapannya kebiasaan umur anak 5 dan 6 tahun tetapi boleh jadi lebih awal di usia 4 tahun. Berbeza tahap umur bergantung pada kesediaan anak dan persediaan ibubapa. 

Ketika umur 5 dan 6 tahun, kebiasaan anak sudah ke tadika atau pra. Mereka sudah ada pendedahan untuk belajar dan berinteraksi. Untuk anak lelaki, kebiasaannya di usia begini mereka ada yang masih belum ada kesediaan belajar dan lebih cenderung bermain.

Namun berbeza dengan anak perempuan yang perkembangannya setahun lebih matang daripada anak lelaki. Ibaratnya anak perempuan di usia 4 tahun, mereka sudah nampak perkembangan seperti anak 5 tahun. Kebanyakkannya sudah ada kesediaan belajar dan lebih fokus. 

Proses belajar di sekolah sangat mementingkan interaksi dua hala antara murid dan guru. Begitu jugalah dalam proses ajar anak membaca di rumah, interaksi antara ibubapa dan anak memainkan peranan penting. Daripada interaksi ini, kita dapat kenalpasti tahap fokus anak. 

Pengalaman Mengajar Anak Istimewa

Sumber Gambar: https://www.altogetherautism.org.nz/what-is-autism/

 Saya pernah mengajar anak Autism bernama Zaquan. Ketika itu, beliau berusia 6 tahun. Waktu itu, beliau masih dalam pemantauan pakar kanak - kanak di hospital.

Zaquan anak yang ceria dan ketika mula - mula beliau masuk kelas dengan saya, tidak banyak perkataan dalam bahasa melayu yang beliau tuturkan. Yang lebih ketaranya, saya perhatikan beliau akan bercakap seperti intonasi bahasa inggeris, namun kadang tidak jelas apa perkataan yang disebut.

Mengajar zaquan sangat mendidik saya menjadi guru yang sabar dan kreatif. Setiap hari saya akan fikirkan apa aktiviti yang bersesuaian dengannya. Beliau minat melukis dan sangat fokus jika saya beri beliau kertas dan pensil.

Saya beri beliau masa dan ruang untuk bermain dan berasa selesa ketika proses pembelajaran. Tiada paksaan dan tekanan untuk beliau belajar. 

Sumber Gambar: Sitikids

Pembelajaran untuk Zaquan setiap kali kelas adalah berbeza cara pengendaliannya. Saya perlu sesuaikan dengan emosi dan keadaan beliau ketika kelas berlangsung. Dari situ, saya banyak belajar untuk mengenal karekter anak istimewa tersebut. 

Perkembangan beliau dilihat ibunya apabila dia boleh membaca buku 4 Bacalah Anakku dengan sendiri dan ibunya menghantar  rakaman bacaan Zaquan tersebut kepada saya. Ya! Saya turut berasa teruja sangat! Zaquan boleh baca dah. Tahniah sayang!

Yang paling membuat saya rasa beliau istimewa sangat kerana tarikh lahirnya sama dengan saya. Ibaratnya kami seperti ada jodoh pertemuan Allah takdirkan. Saya pun macam tak percaya, namun setiap kali hari lahir saya, saya akan teringat pada beliau walau sudah tidak mengajar beliau lagi sekarang. Semoga Zaquan terus bersemangat dan berjaya di masa akan datang. 


Anak Dengan Gajet Umpama Pinggan Dengan Sudu.

 Anak dan gajet bukanlah seperti isi dengan kuku. Ia ibarat pinggan dengan sudu. Perumpamaan ini  bermaksud, ada ketika, semasa kita makan pakai pinggan dan kita perlukan sudu untuk makan, dan adakala kita tak perlukan pun. Kerana kita ada pilihan yang lebih baik iaitu pakai tangan. 


Sumber Gambar: http://m.tirods.com/outdoors/titanium-tableware/titanium-tableware-titanium-spoon-children-s.html

Jadi, buat pilihan yang betul bila masa sesuai kita nak gunakan gajet. Namun, jika kita tersalah pilih dan kawal, boleh jadi, anak dengan gajet akan jadi seperti isi dengan kuku. Susah nak dipisahkan! Sakit jika nak pisahkannya, kerana sudah sebati!

Bila dah jadi seperti isi dengan kuku, kita perlu hadap dan sabar dengan keadaan anak yang sukar dikawal jika tidak diberi gajet. 

Kesan gajet ini dalam jangka masa yang panjang boleh buat anak hilang tumpuan dan akan ada masalah sensori. Tumpuan yang tinggi sangat penting jika mahu anak belajar membaca dengan baik. 

Jika anak ada masalah untuk beri tumpuan, anak mungkin tidak dapat menyerap dan mengingat apa yang kita ajar pada anak. 

Anak dengan gajet ibarat pinggan dengan sudu. Anak itu pinggan dan sudu itu gajet. Makanan atas pinggan, hidangannya kita pilih yang mana sesuai. Nak guna sudu ke itu pilihan. Mungkin boleh pakai tangan je. Begitulah ibaratnya nak bagi anak gajet ke tidak itu pilihan kita sebagai ibubapa. 


Salah Ke Beri Anak Gajet?

 

Sumber: Koleksi Peribadi 

Gajet tak salah, ia hanya alat. Yang salah adalah bagaimana penggunaan gajet tersebut. Pengunaan gajet dalam pendidikan anak zaman kita tidak dapat dinafikan. Gajet seperti telefon pintar dan komputer riba atau i-pad memang alat yang membantu menarik minat anak belajar. 

Ia bergantung pada ibubapa bagaimana nak gunakan alat dan hadkan pengunaannya. Jika terlalu lama pun akan memberi kesan pada kesihatan anak kita sendiri. Kerana apabila anak menggunakan alatan tersebut, anak terdedah dengan gelombang elektromagnetik yang akan ganggu fungsi hormon anak. 

Menurut Dr Rizal, Pakar Otak, apabila anak terdedah dengan telefon atau televisyen, ia akan menyebabkan kecelaruan hormon gembira dalam badan anak tersebut. Nah! Nampakkan kesannya untuk anak. Jika ia tidak dikawal, anak boleh jadi terlebih aktif atau 'hyperactive' dan akan kerap trantum tanpa sebab. 

Saya tidak pernah beri anak guna telefon pintar sendirian. Apatah lagi beri telefon saya untuk anak lihat, supaya mereka tidam ganggu saya buat kerja. Jika nak pasang video atau u tube, saya akan tonton bersama mereka. Mereka tak pernah merengek atau mengamuk nak minta main telefon dengan saya. 

Dari awal mereka kecil saya tak ajar mereka untuk leka dengan gajet. Mereka sudah boleh memahaminya apabila meningkat dewasa. Saya kenalkan mereka dengan gajet dan hadkan pengunaan. Jadi anak ada sempadan dan had mereka untuk menggunakan gajet. 

Tidak salah beri anak gajet. Cuma pantau penggunaan supaya anak faham had dan sempadan masa dan keadaan yang boleh untuk mereka gunakan gajet tersebut. Mulakan dari awal usia anak untuk tidak dedahkan berlebihan. Banyak beri mereka dengan permainanan fizikal berbanding permainan digital. 




Saturday, 21 November 2020

Cabaran Penggunaan Gajet Di Era Pendidikan Digital


Era digital sekarang tidak dapat lagi dari penggunaan gajet. Namun, pemantauan dan kawalan yang betul mampu memberikan pendidikan yang baik untuk anak. 

Zaman sekarang semua rumah ada kemudahan internet, telefon pintar, komputer riba dan terbaru jam digital. Hampir semua rumah menggunakan kemudahan ini.

Persoalannya bagaimana ia digunakan itu yang penting. Anak-anak zaman sekarang mudah ketagih gajet jika tidak dikawal. Namun penggunaan gajet untuk pendidikan adalah bagus seiring dengan perkembangan dunia hari ni. Dunia tanpa sempadan, namun kita yang perlu bina sendiri sempadan tersebut.

"Saya sibuk, saya bagi telefon pada anak, dia diam dan saya boleh buat kerja dengan baik, saya boleh kawal diri saya dari marah anak, jadi biarlah mereka main telefon. Kejap sahaja, sebab anak akan "trantum" jika saya tak bagi". 

Ketahuilah ibubapa, di saat anak sudah mengamuk bila tidak diberi telefon, ia bermakna penggunaan telefon tersebut sudah melebihi had yang sepatutnya. Anak dah ketagih! Sukar dikawal. 


Tips 5K Nak Ajar Anak Membaca Di Rumah


K yang pertama ialah Komunikasi 

K yang kedua ialah Kasih Sayang


K yang ke tiga adalah Khusus atau Khas


K yang ke empat ialah Konsisten 


K Yang ke lima ialah Kesimbangan

Komunikasi

Dua hala komunikasi. Ibubapa perlu ada komunikasi dua hala dengan anak. Bukan biarkan anak belajar berseorangan. 

Usah biarkan anak menghadap buku tetapi ibubapa menghadap telefon. Anak akan berada di dunianya sendiri dan sukar untuk kita pantau prestasi anak nanti. 

K Kasih Sayang
Ajar penuh kesabaran, pujian dan galakan. 
Tegas bukan keras serta penuh kesabaran. Ajar anak sendiri biasanya ibubapa akan jadi garang sikit. 

Namun, dengan ilmu yang betul insyaalllah, mampu mengajar anak dengan baik. Kita tak mahu emosi anak tercedera dan trauma bila nak belajar membaca. Akhirnya anak terus hilang minat belajar. 

K Khusus atau Khas
Waktu yang khusus 15 minit mininum untuk ajar anak membaca. Khas untuk seorang anak sahaja. Jika ada tiga anak yang berbeza umur, perlu asingkan masa mengajar mereka. 

Ianya kerana umur berbeza tahap dan perlukan pendekatan yang berbeza. Boleh sekali belajar, tetapi semak perlu minimum 15 minit bergantung fokus anak. 

Sebaiknya sediakan tempat khas serta buku khas untuk anak belajar. Perlu ada meja dna kerusi dan dalam suasana yang selesa seperti di dalam bilik bukan di depan televisyen. 

K Konsisten
Kerap walau sekejap. Berterusan. 
Perancangan mengajar perlu ada tetapi tidaklah terlalu santai. Sebaiknya perlu sediakan jadual dan tampal bagi peringatan untuk terus bersemangat untuk mengajar anak di rumah. 

Cabaran mengajar membaca anak di rumah sangat besar dan nampak sukar jika tiada perancangan dan semangat yang jitu. Ibubapa juga perlu sentiasa tambah ilmu dari semasa ke semasa. 

K Kesimbangan
Seimbang jasmani, rohani dan akal
Makanan seimbang dan sihat, bantu anak mengingat. 

Jasmani perlukan aktiviti fizikal, anak ceria dan kurang meragam. AKtiviti melibatkan mental penting untuk melatih ketajaman akal dan untuk latih anak fokus lebih lama ketika belajar. 


Friday, 13 November 2020

Literasi





Literasi adalah proses membaca dan menulis. Anak di awal usia akan membina kemahiran menulis dan mmbaca ini secara bertahap mengikut tahap umur. seawal anak lahir sebenarnya mereka telah membina kemahiran untuk membaca.

Ketika bayi lagi, anak yang normal akan mempunyai kemahiran mengeluarkan suara. Kebolehan mengeluarkan suara adalah permulaan kepada proses membaca. Tanpa mengeluarkan suara anak mungkin akan menghadapi kesukaran untuk belajar membaca.

Kemahiran membaca bukan kemahiran semula jadi tetapi ia adalah hak untuk setiap anak yang lahir di dunia ini. Setiap anak mesti boleh membaca untuk membantu proses kehidupan seterusnya.

Proses untuk anak belajar membaca mungkin berbeza untuk setiap anak berdasarkan kesediaan dan kemampuan anak tersebut.

Kemahiran menulis pula adalah perlu seiring di dalam proses untuk anak mahir membaca. Anak perlu juga ada kemahiran menulis. Kedua - dua kemahiran ini perlu bagi membantu anak memahami pembelajaran di sekolah mahupun di rumah.

Kemahiran ini melibatkan beberapa kemahiran motor halus dan kasar anak. Keupayaaan sensori anak sangat penting dalam proses menulis ini.

Ibubapa perlu peka terhadap perkembangan anak untuk memastikan anak mampu menulis dengan baik.

Literasi bukan anugerah, ia hak setiap anak. (Puan Nik Eliani Nik Nawi, Penulis Buku  Bacalah Anakku dan ReadEasy) 


Thursday, 12 November 2020

Cabaran Mengajar Anak Membaca Di Rumah

 



Sumber: Koleksi Peribadi 

Mengajar anak membaca memang mencabar jiwa, mental dan fizikal. Pastikan kita bersedia kerana jika tiada jiwa dan mental yang kuat kita mudah putus asa untuk membimbing anak membaca. 

1. Cabaran Jiwa 

Ada di antara kita mungkin mempunyai tahap kesabaran yang nipis dan mudah nak marah bila berhadapan dengan kerenah anak semasa kita ajar mereka membaca. Ia boleh memberi kesan pada emosi kita dan lebih parah juga emosi anak kita sendiri. 

Bagaimana nak sabar? Kita perlukan ilmu kawal emosi sendiri dan fokus pada matlamat kita untuk mahirkan anak membaca. 

Kemudian letakkan target jangka masa bila untuk capai kelancaran anak dalam membaca. Letak target bukan bermakna paksa anak, ia sebagai landasan agar kita tetap berusaha untuk terus bantu anak. Jangan mudah mengalah!

2. Cabaran mental.

Fikiran yang positif dan optimis. Sentiasa bersangka baik dan percaya dengan potensi anak. Menerima kemampuan anak seadanya dan sentiasa beri galakan. 

Setiap anak tidak sama potensi. Boleh jadi cepat dan boleh jadi lambat perkembangannya. Usah buat perbandingan anak kita dengan anak orang lain.

Pentingnya pemikiran positif ini agar ia memberikan keyakinan untuk anak. Kita terus bimbing anak tanpa meremehkan kemampuan mereka. Puji setiap perkembangan mereka walau sedikit. 

3.  Cabaran fizikal.

Penat fizikal serba sedikit akan memberi kesan pada pemikiran dan jiwa jika kita tidak kawal dua perkara tersebut. Bukan mudah untuk mengajar anak sendiri dengan pelbagai ragam dan godaan di rumah. 

Jadi, sebelum ajar anak membaca pastikan emosi kita sendiri dalam keadaan bersedia walau badan penat, jika kita mempunyai mental dan jiwa yang kuat, tak terasa penat itu. Malah kita akan rasa sebuah kepuasan bila dapat luangkan masa dengan anak untuk ajar mereka membaca di rumah. 

Masa kita dengan anak itulah perkara yang paling mahal dan anak akan ingat berbanding barang atau benda lain yang kita beri. Cipta memori indah bersama anak! 



Tuesday, 10 November 2020

Senarai Semak Sebelum Anak Belajar Membaca

Sumber Gambar Google

Membaca adalah salah satu kemahiran dalam proses literasi. Literasi adalah kemahiran yang perlu dilatih. Ianya mempunyai tahap dan proses tertentu. 

Sebelum nak latih anak membaca, beberapa tahap perkembangan anak perlu diperhatikan oleh ibubapa. 


Piramid di atas menjadi rujukan bagi melihat perkembangan anak seawal 0 hingga 5 tahun. Ia perlu dilihat dari dasar bawah bermula dengan bermain dan berinteraksi untuk umur anak 0 - 4 tahun. 

Anak umur 0 - 4 tahun bermula dengan kemahiran anak bermain dan beinteraksi. Ketika usia ini, anak cenderung untuk bermain. Apa sahaja yang dilihat dan dilakukan oleh anak akan menarik mereka untuk bermain.

Sebagai contoh, anak usia setahun, apabila kita beri mereka untuk makan sendiri, mereka akan bermain dengan makanan tersebut dengan menghancurkannya, melenyek dan sebagainya. Ketika ini dunia mereka adalah bermain, jadi makanan pun mereka akan jadikan ia sebagai baranag mainan. Mereka sedang mengeksplorasikan apa sahaja yang ada di sekeliling mereka.

Anak di usia ini juga sedang belajar menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Mereka sedang menyesuaikan diri dengan bunyi yang didengar, berinteraksi dengan sentuhan dan bertindakbalas dengan apa yang dilihat.

Anak akan lebih tertarik dengan bunyi dan suara yang didengar. Anak sejak dari kandungan, anak yang tiada masalah kesihatan, mereka sudah mempunyai pendengaran yang baik. 

Sebab itu, ibubapa digalakkan memulakan proses pembelajaran anak sejak anak dalam kandungan lagi bercakap dengan anak dan bersembang degan mereka. Tindakbalas mereka, kita dapat rasa melalui tendangan dan pergerakan si comel tersebut. Sangat membahagiakan jiwa bukan?

Kebolehan anak mendengar sangat bekait rapat dengan fokus anak dalam proses membaca dan menulis nanti. Seterusnya adalah keupayaan anak untuk memberi perhatian dan mendengar dengan baik. 


Biodata Penulis

Sumber koleksi Peribadi


Assalamualaikum. Salam perkenalan, nama saya Siti Naimah Binti Norman. Saya berasal dari selangor. Sekarang tinggal di Alor Gajah Melaka. Sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang cahaya mata. 

Boleh panggil saya Cikgu Siti. Saya merupakan bekas guru dan juga masih seorang guru kini. 

Kepakaran saya ialah mengajar anak membaca menggunakan kaedah fonik gabung bunyi serta membantu anak seronok belajar mengaji. 

Saya sangat minat mengajar dan berkongsi. Minat saya hadir semasa saya belajar di universiti. Ketika itu, saya menanamkan impian untuk menjadi seorang pendidik suatu masa nanti dan impian saya itu tercapai sekarang. Alhamdulillah.

Dulu saya tidak minat mengajar. Selepas tamat spm, saya berkerja di kedai buku sementara menunggu sambung pembelajaran ke Universiti Teknologi Mara. 

Selepas tamat pengajian, saya diterima mengajar di sebuah sekolah swasta di klang sebagai guru matematik dan sains tahap dua sekolah rendah. 

Saya kemudian berhajat untuk sambung pengajian sarjana kerana ingin menjadi pensyarah, tetapi atas faktor ekonomi masa itu, saya pendamkan hasrat dan terus perancangan untuk mencari pekerjaan yang lebih baik. 

Saya pernah menjadi pembantu Sambilan Harian selepas tamat pengajian (Kerani di Kementerian Pengajian Tinggi). Mengendalikan dokumen biasiswa untuk semua ipta di seluruh Malaysia.

Antara pengalaman kerja saya juga sebagai  guru Mengaji Al Quran, hometutor kelas Al Quran, hometuition Mengaji Al Quran dan kelas Membaca dan yang terkini pengurus Sitikids Reading House

Sekarang sudah hampir 6 tahun saya mengendalikan kelas membaca dan mengaji. Alhamdulillah. Penubuhan jenama sitikids sudah masuk dua tahun. 

Doakan semoga saya terus memberi manfaat untuk bantu ibubapa di luar sana dalam proses mengajar anak membaca dan mengaji. Semoga lebih ramai anak-anak mahir membaca  dan mengaji dengan lebih baik. 


Salam Kasih Sayang 

Cikgu Siti


Bermain Bersama- sama Dengan Anak