Terdapat tiga karekter anak yang perlu dikenal pasti oleh ibubapa sebelum ajar mereka membaca. Yang pertama Visual, kedua Audio dan ke tiga Kinestatik.
Untuk anak jenis Visual, pembelajaran lebih tertumpu kepada penglihatan. Anak lebih mudah mengingat apabila melihat gambar, simbol atau objek di depan mata. ialah lebih kepada gambar. Aktiviti yang melibatkan kad imbasan atau video membantu anak mudah belajar.
Seterusnya, untuk anak jenis Audio. Anak lebih cenderung belajar melalui pendengaran. Pembelajaran yang mengandungi intonasi, bunyi dan lagu sangat sesuai dengan anak ini. Aktiviti menyanyi akan menarik perhatian anak ini untuk fokus lebih lama belajar.
Yang terakhir untuk anak jenis Kinestatik. Anak jenis ini suka belajar apabila terdapat aktiviti pergerakan yang melibatkan pengunaan motor kasar dan motor halus. Aktiviti melompat sambil belajar akan buat anak ini fokus lama untuk belajar.
![]() |
| Sumber Gambar: Koleksi Peribadi |
Penting untuk kita kenal karekter anak supaya kita dapat tahu aktiviti yang bersesuai untuk mereka. Ia untuk bantu anak dapat fokus lebih lama dan ibubapa sendiri tidak stress.
Apabila salah kenal anak, kita sukar nak faham kenapa anak kurang fokus dan tidak minat belajar. Itu yang jadi emosi ibubapa sendiri tidak dapat dikawal dan cepat putus asa nak bantu anak.
Jadi, sudah tahu karekter anak ini, boleh fikirkan aktiviti yang bersesuaian dengan mereka nanti.

No comments:
Post a Comment