Bahasa apa nak ajar anak dulu? Ini antara persoalan yang sering ditanya ketika ada ibu apa nak masukkan anak ke kelas membaca di Sitikids.
Kebiasaannya, saya akan cadangkan anak kuasai pembacaan dalam bahasa melayu dulu. Kerana ianya bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan. Jadi malulah jika anak melayu tidak boleh membaca bahasa melayu.
Bangsa lain berlumba - lumba nak belajar bahasa melayu. Kita bangsa melayu, perlu lebih dahulu lancar membaca bahasa bangsa sendiri. Bahasa jiwa bangsa!.
Selepas sudah lancar membaca bahasa melayu, baru boleh fikirkan untuk lancarkan membaca dalam bahasa inggeris atau bahasa-bahasa lain. Bina keyakinan dan minat belajar anak dahulu.
Kenapa saya sangat tekankan keyakinan anak dalam membaca. Kerana saya pernah ada pengalaman mengajar anak melayu yang fasih membaca mandarin tetapi masih belum lancar dan masih tergagap - gagap membaca bahasa melayu dan beliau sudah berusia 9 tahun. Umur yang patut sudah lancar membaca melayu.
Usia bukan penentu kelancaran anak membaca, yang penting adalah usaha yang kuat serta berterusan. Anak seawal 4 tahun tahun pun boleh membaca. Jika sudah terlewat, tidak mengapa, tidak salah pun, tetapi perlu segera diusahakan untuk lancar membaca.
Jadi, mulakan bahasa yang anak mudah kuasai dahulu. Melainkan jika anak memang lahir kita sudah dedahkan dengan bahasa inggeris. Percakapan dan perbualan semua pun menggunakan bahasa inggeris, bolehlah mula untuk masuk kelas membaca bahasa inggeris. Ianya untuk mengelak anak keliru. Kerana dua bahasa ini sangat berbeza.
Pengguasaan bahasa inggeris tidak sama seperti bahasa melayu. Ia bahasa yang kompleks dan terdapat beberapa bahagian untuk di kuasai seperti penulisan, pembacaan dan pemahaman. Ia lebih kompleks berbanding bahasa melayu.
Kesimpulannya, mulakan dengan mengajar anak kuasai pembacaan bahasa yang mereka biasa dahulu. Ia untuk membantu anak bina minat membaca dan kenyakinan diri anak itu sendiri. Jika di sekolah tidak boleh baca, tentu sukar anak nak buat kerja sekolah. Membaca penting untuk proses pembelajaran seterusnya.

No comments:
Post a Comment