Nak ajar anak membaca memang memerlukan kesabaran dan perancangan. Namun, perlu banyak toleransi seiring dengan perkembangan anak.
Pengalaman saya mengajar anak sendiri membaca memang diakui lebih banyak main-main je.
Saya jarang ajar abang Mohamad, anak saya secara formal. Lebih kepada cara santai - santai je. Saya lebih suka biar abang belajar sendiri. Maksudnya biar dia sendiri yang ada minat dengan buku dahulu.Biarlah dia puas bermain dulu, anak lelaki kesediaan belajar biasanya 6 tahun. Umur sebelum itu mereka akan banyak main dan kurang fokus untuk duduk lama belajar.
Namun, apa yang mengembirakan saya, abang sudah boleh gabung na/ni/nu.. ba/ bi/ bu. boleh baca a..bu. a..na ketika dia berusia 4 tahun 3 bulan sewaktu saya mengajarnya.
Mohamad ni, dia dah dengar saya mengajar sejak umur tiga tahun lebih. Saya mengajar membaca di rumah sambil dia sertai sekali. Dia sudah boleh duduk dan dengar. Aktiviti sokongan pun dia minat sertai bersama.
Setiap anak potensi berbeza, sehingga hari ini jika ada buku dia akan suka nak baca dan bertanya. Tanpa saya suruh baca dia sendiri akan ambil buku dan fokus juga buat latihan sendiri. Nampak kesediaan dia untuk belajar.
Jadi, usah desak anak jika belum bersedia. Namun berikan galakkan dalam masa yang sama. Insya-alllah, semoga dipermudahkan ibubapa nanti untuk mengajar anak sendiri membaca di rumah.

No comments:
Post a Comment