Monday, 7 December 2020

Kelebihan Anak Boleh Membaca Awal Usia

 Anak awal usia yang sudah mampu membaca akan mempunyai minat untuk mengetahui lebih banyak pengetahuan lain. Ia meningkatkan sifat ingin tahu dalam diri anak dan menambah pengetahuan anak tersebut secara tidak langsung. Proses membaca adalah latihan yang perlu dilalui oleh anak sebelum mereka belajar untuk faham sesuatu perkara. 

Bermula dengan kemahiran membaca dan seterusnya proses memahami. Ia didokong oleh kemahiran anak iu sendiri untuk menakkul maklumat yang dibaca. Perasan ke tidak ibubapa? 

 Jika anak kita yang jenis petah bercakap, mereka suka bertanya dan kalau mereka sudah mahir membaca, lagi banyak mereka akan bertanya. Nampakkah ia menarik minat anak untuk berfikir dan mengkaji sesuatu perkara?

Anak yang bijak akan suka bertanya. Jadi, ibubapa perlu sabar melayan persoalan anak itu ya. Kalau kita nak kenal anak ini ada minat membaca ke tidak, cuba kita perhatikan anak jika kita keluar rumah dan nampak tulisan di papan tanda atau kain rentang, anak akan cuba untuk membaca. Di situlah keyakinan anak akan semakin bertambah bila mereka mampu membaca perkataaan yang dilihat selain daripada di dalam buku sahaja.

 Bangsa membaca bangsa berjaya. Segalanya perlukan ilmu pengetahuan. Membaca membuka ruang untuk mendapat pengetahua. Lagi banyak baca, lagi luas pengetahuan.

No comments:

Post a Comment

Bermain Bersama- sama Dengan Anak