Gadget berlebihan? Kemungkinan anak akan hadapi masalah sensori. Gadget bawa kesan buruk pada perkembangan anak. Anak sukar fokus belajar dan ganggu perilaku anak.
Ketika anak saya Mohamad berusia 4 tahun, saya masih mengawal tonton televisyen dan lihat handphone. Televisyen pun saya tetapkan dalam 3 - 4 jam sahaja sehari
Nak pegang main telefon bimbit saya lagilah tidak boleh. Saya tak pernah bagi anak main sendiri telefon saya. Kadang, pergi kedai makan ke, rumah orang ke, mohamad akan tumpang lihat telefon kawan. Kesian tengok, tapi untuk kebaikan.
Nak tengok youtube, video dalam telefon saya pun 10 minit paling lama. Itu pun jika saya rasa keadaan dan masa yang sesuai. Topk pun mesti pendidikan. Jika kartun pun yang ada beri manfaat. Yang kartun lawan - lawan saya elakkan.
Bagilah sikit, nanti tak kenal langsung, kemaruk bila sekali hadap. Mereka kenal sikit dan kita ajar bagaimana nak guna dengan baik. Saya akan tonton bersama - sama anak
Telefon ini, bila dah bagi, anak akan ketagih. Elok tak bagi langsung jika tiada keperluan. Jika nak menonton televisyen, saya akan cakap siap-siap. "Sekejap je ya. TV dah panas, tutup ya abang. Pukul 2 tutup TV ya".
Kawal, sederhana itu lebih baik.
No comments:
Post a Comment