Anak dan gajet bukanlah seperti isi dengan kuku. Ia ibarat pinggan dengan sudu. Perumpamaan ini bermaksud, ada ketika, semasa kita makan pakai pinggan dan kita perlukan sudu untuk makan, dan adakala kita tak perlukan pun. Kerana kita ada pilihan yang lebih baik iaitu pakai tangan.
![]() |
| Sumber Gambar: http://m.tirods.com/outdoors/titanium-tableware/titanium-tableware-titanium-spoon-children-s.html |
Jadi, buat pilihan yang betul bila masa sesuai kita nak gunakan gajet. Namun, jika kita tersalah pilih dan kawal, boleh jadi, anak dengan gajet akan jadi seperti isi dengan kuku. Susah nak dipisahkan! Sakit jika nak pisahkannya, kerana sudah sebati!
Bila dah jadi seperti isi dengan kuku, kita perlu hadap dan sabar dengan keadaan anak yang sukar dikawal jika tidak diberi gajet.
Kesan gajet ini dalam jangka masa yang panjang boleh buat anak hilang tumpuan dan akan ada masalah sensori. Tumpuan yang tinggi sangat penting jika mahu anak belajar membaca dengan baik.
Jika anak ada masalah untuk beri tumpuan, anak mungkin tidak dapat menyerap dan mengingat apa yang kita ajar pada anak.
Anak dengan gajet ibarat pinggan dengan sudu. Anak itu pinggan dan sudu itu gajet. Makanan atas pinggan, hidangannya kita pilih yang mana sesuai. Nak guna sudu ke itu pilihan. Mungkin boleh pakai tangan je. Begitulah ibaratnya nak bagi anak gajet ke tidak itu pilihan kita sebagai ibubapa.

No comments:
Post a Comment