Sunday, 22 November 2020

Pengalaman Mengajar Anak Istimewa

Sumber Gambar: https://www.altogetherautism.org.nz/what-is-autism/

 Saya pernah mengajar anak Autism bernama Zaquan. Ketika itu, beliau berusia 6 tahun. Waktu itu, beliau masih dalam pemantauan pakar kanak - kanak di hospital.

Zaquan anak yang ceria dan ketika mula - mula beliau masuk kelas dengan saya, tidak banyak perkataan dalam bahasa melayu yang beliau tuturkan. Yang lebih ketaranya, saya perhatikan beliau akan bercakap seperti intonasi bahasa inggeris, namun kadang tidak jelas apa perkataan yang disebut.

Mengajar zaquan sangat mendidik saya menjadi guru yang sabar dan kreatif. Setiap hari saya akan fikirkan apa aktiviti yang bersesuaian dengannya. Beliau minat melukis dan sangat fokus jika saya beri beliau kertas dan pensil.

Saya beri beliau masa dan ruang untuk bermain dan berasa selesa ketika proses pembelajaran. Tiada paksaan dan tekanan untuk beliau belajar. 

Sumber Gambar: Sitikids

Pembelajaran untuk Zaquan setiap kali kelas adalah berbeza cara pengendaliannya. Saya perlu sesuaikan dengan emosi dan keadaan beliau ketika kelas berlangsung. Dari situ, saya banyak belajar untuk mengenal karekter anak istimewa tersebut. 

Perkembangan beliau dilihat ibunya apabila dia boleh membaca buku 4 Bacalah Anakku dengan sendiri dan ibunya menghantar  rakaman bacaan Zaquan tersebut kepada saya. Ya! Saya turut berasa teruja sangat! Zaquan boleh baca dah. Tahniah sayang!

Yang paling membuat saya rasa beliau istimewa sangat kerana tarikh lahirnya sama dengan saya. Ibaratnya kami seperti ada jodoh pertemuan Allah takdirkan. Saya pun macam tak percaya, namun setiap kali hari lahir saya, saya akan teringat pada beliau walau sudah tidak mengajar beliau lagi sekarang. Semoga Zaquan terus bersemangat dan berjaya di masa akan datang. 


No comments:

Post a Comment

Bermain Bersama- sama Dengan Anak