Sunday, 22 November 2020

Salah Ke Beri Anak Gajet?

 

Sumber: Koleksi Peribadi 

Gajet tak salah, ia hanya alat. Yang salah adalah bagaimana penggunaan gajet tersebut. Pengunaan gajet dalam pendidikan anak zaman kita tidak dapat dinafikan. Gajet seperti telefon pintar dan komputer riba atau i-pad memang alat yang membantu menarik minat anak belajar. 

Ia bergantung pada ibubapa bagaimana nak gunakan alat dan hadkan pengunaannya. Jika terlalu lama pun akan memberi kesan pada kesihatan anak kita sendiri. Kerana apabila anak menggunakan alatan tersebut, anak terdedah dengan gelombang elektromagnetik yang akan ganggu fungsi hormon anak. 

Menurut Dr Rizal, Pakar Otak, apabila anak terdedah dengan telefon atau televisyen, ia akan menyebabkan kecelaruan hormon gembira dalam badan anak tersebut. Nah! Nampakkan kesannya untuk anak. Jika ia tidak dikawal, anak boleh jadi terlebih aktif atau 'hyperactive' dan akan kerap trantum tanpa sebab. 

Saya tidak pernah beri anak guna telefon pintar sendirian. Apatah lagi beri telefon saya untuk anak lihat, supaya mereka tidam ganggu saya buat kerja. Jika nak pasang video atau u tube, saya akan tonton bersama mereka. Mereka tak pernah merengek atau mengamuk nak minta main telefon dengan saya. 

Dari awal mereka kecil saya tak ajar mereka untuk leka dengan gajet. Mereka sudah boleh memahaminya apabila meningkat dewasa. Saya kenalkan mereka dengan gajet dan hadkan pengunaan. Jadi anak ada sempadan dan had mereka untuk menggunakan gajet. 

Tidak salah beri anak gajet. Cuma pantau penggunaan supaya anak faham had dan sempadan masa dan keadaan yang boleh untuk mereka gunakan gajet tersebut. Mulakan dari awal usia anak untuk tidak dedahkan berlebihan. Banyak beri mereka dengan permainanan fizikal berbanding permainan digital. 




No comments:

Post a Comment

Bermain Bersama- sama Dengan Anak