Tuesday, 10 November 2020

Senarai Semak Sebelum Anak Belajar Membaca

Sumber Gambar Google

Membaca adalah salah satu kemahiran dalam proses literasi. Literasi adalah kemahiran yang perlu dilatih. Ianya mempunyai tahap dan proses tertentu. 

Sebelum nak latih anak membaca, beberapa tahap perkembangan anak perlu diperhatikan oleh ibubapa. 


Piramid di atas menjadi rujukan bagi melihat perkembangan anak seawal 0 hingga 5 tahun. Ia perlu dilihat dari dasar bawah bermula dengan bermain dan berinteraksi untuk umur anak 0 - 4 tahun. 

Anak umur 0 - 4 tahun bermula dengan kemahiran anak bermain dan beinteraksi. Ketika usia ini, anak cenderung untuk bermain. Apa sahaja yang dilihat dan dilakukan oleh anak akan menarik mereka untuk bermain.

Sebagai contoh, anak usia setahun, apabila kita beri mereka untuk makan sendiri, mereka akan bermain dengan makanan tersebut dengan menghancurkannya, melenyek dan sebagainya. Ketika ini dunia mereka adalah bermain, jadi makanan pun mereka akan jadikan ia sebagai baranag mainan. Mereka sedang mengeksplorasikan apa sahaja yang ada di sekeliling mereka.

Anak di usia ini juga sedang belajar menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Mereka sedang menyesuaikan diri dengan bunyi yang didengar, berinteraksi dengan sentuhan dan bertindakbalas dengan apa yang dilihat.

Anak akan lebih tertarik dengan bunyi dan suara yang didengar. Anak sejak dari kandungan, anak yang tiada masalah kesihatan, mereka sudah mempunyai pendengaran yang baik. 

Sebab itu, ibubapa digalakkan memulakan proses pembelajaran anak sejak anak dalam kandungan lagi bercakap dengan anak dan bersembang degan mereka. Tindakbalas mereka, kita dapat rasa melalui tendangan dan pergerakan si comel tersebut. Sangat membahagiakan jiwa bukan?

Kebolehan anak mendengar sangat bekait rapat dengan fokus anak dalam proses membaca dan menulis nanti. Seterusnya adalah keupayaan anak untuk memberi perhatian dan mendengar dengan baik. 


No comments:

Post a Comment

Bermain Bersama- sama Dengan Anak