![]() |
| Sumber: Koleksi Peribadi |
Mengajar anak membaca memang mencabar jiwa, mental dan fizikal. Pastikan kita bersedia kerana jika tiada jiwa dan mental yang kuat kita mudah putus asa untuk membimbing anak membaca.
1. Cabaran Jiwa
Ada di antara kita mungkin mempunyai tahap kesabaran yang nipis dan mudah nak marah bila berhadapan dengan kerenah anak semasa kita ajar mereka membaca. Ia boleh memberi kesan pada emosi kita dan lebih parah juga emosi anak kita sendiri.
Bagaimana nak sabar? Kita perlukan ilmu kawal emosi sendiri dan fokus pada matlamat kita untuk mahirkan anak membaca.
Kemudian letakkan target jangka masa bila untuk capai kelancaran anak dalam membaca. Letak target bukan bermakna paksa anak, ia sebagai landasan agar kita tetap berusaha untuk terus bantu anak. Jangan mudah mengalah!
2. Cabaran mental.
Fikiran yang positif dan optimis. Sentiasa bersangka baik dan percaya dengan potensi anak. Menerima kemampuan anak seadanya dan sentiasa beri galakan.
Setiap anak tidak sama potensi. Boleh jadi cepat dan boleh jadi lambat perkembangannya. Usah buat perbandingan anak kita dengan anak orang lain.
Pentingnya pemikiran positif ini agar ia memberikan keyakinan untuk anak. Kita terus bimbing anak tanpa meremehkan kemampuan mereka. Puji setiap perkembangan mereka walau sedikit.
3. Cabaran fizikal.
Penat fizikal serba sedikit akan memberi kesan pada pemikiran dan jiwa jika kita tidak kawal dua perkara tersebut. Bukan mudah untuk mengajar anak sendiri dengan pelbagai ragam dan godaan di rumah.
Jadi, sebelum ajar anak membaca pastikan emosi kita sendiri dalam keadaan bersedia walau badan penat, jika kita mempunyai mental dan jiwa yang kuat, tak terasa penat itu. Malah kita akan rasa sebuah kepuasan bila dapat luangkan masa dengan anak untuk ajar mereka membaca di rumah.
Masa kita dengan anak itulah perkara yang paling mahal dan anak akan ingat berbanding barang atau benda lain yang kita beri. Cipta memori indah bersama anak!

No comments:
Post a Comment