Tuesday, 10 November 2020

Biodata Penulis

Sumber koleksi Peribadi


Assalamualaikum. Salam perkenalan, nama saya Siti Naimah Binti Norman. Saya berasal dari selangor. Sekarang tinggal di Alor Gajah Melaka. Sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang cahaya mata. 

Boleh panggil saya Cikgu Siti. Saya merupakan bekas guru dan juga masih seorang guru kini. 

Kepakaran saya ialah mengajar anak membaca menggunakan kaedah fonik gabung bunyi serta membantu anak seronok belajar mengaji. 

Saya sangat minat mengajar dan berkongsi. Minat saya hadir semasa saya belajar di universiti. Ketika itu, saya menanamkan impian untuk menjadi seorang pendidik suatu masa nanti dan impian saya itu tercapai sekarang. Alhamdulillah.

Dulu saya tidak minat mengajar. Selepas tamat spm, saya berkerja di kedai buku sementara menunggu sambung pembelajaran ke Universiti Teknologi Mara. 

Selepas tamat pengajian, saya diterima mengajar di sebuah sekolah swasta di klang sebagai guru matematik dan sains tahap dua sekolah rendah. 

Saya kemudian berhajat untuk sambung pengajian sarjana kerana ingin menjadi pensyarah, tetapi atas faktor ekonomi masa itu, saya pendamkan hasrat dan terus perancangan untuk mencari pekerjaan yang lebih baik. 

Saya pernah menjadi pembantu Sambilan Harian selepas tamat pengajian (Kerani di Kementerian Pengajian Tinggi). Mengendalikan dokumen biasiswa untuk semua ipta di seluruh Malaysia.

Antara pengalaman kerja saya juga sebagai  guru Mengaji Al Quran, hometutor kelas Al Quran, hometuition Mengaji Al Quran dan kelas Membaca dan yang terkini pengurus Sitikids Reading House

Sekarang sudah hampir 6 tahun saya mengendalikan kelas membaca dan mengaji. Alhamdulillah. Penubuhan jenama sitikids sudah masuk dua tahun. 

Doakan semoga saya terus memberi manfaat untuk bantu ibubapa di luar sana dalam proses mengajar anak membaca dan mengaji. Semoga lebih ramai anak-anak mahir membaca  dan mengaji dengan lebih baik. 


Salam Kasih Sayang 

Cikgu Siti


No comments:

Post a Comment

Bermain Bersama- sama Dengan Anak