Gajet hari ini sepeti sudah menjadi keperluan. Jika dibandingkan era kita zaman dahulu, gajet ini tidak semua mampu dan tidak mahu ambil peduli pun. Namun zaman anak kita sekarang, apabila dapat gajet semua benda sudah tidak peduli lagi. Sanggup tahan berejam tidak makan, tidak mandi malah tidak mahu buat apa - apa dan hanya menghadap gajet sahaja.
Selain telefon pintar, tablet, ipad, televisyen juga antara gajet yang akan ada di setiap rumah. Siaran yang digemar anak sudah semestinya kartun. Anak memang akan leka dan duduk fokus menghadap televisyen. Jika tidak dikawal, 24jam pun mereka kan sanggup hadap kecuali mereka dah kepenatan dan tertidur sendiri.
Kenapa anak ketagih jika diberi gajet tersebut? Ha, topik ni sangat biasa kita baca tentang ketagihan gajet, namun pernah ke kita buat kajian mengapa ia berlaku. Menurut pakar otak, Dr Rizal Abu Bakar, di dalam kajian beliau mengenai otak, ketika anak mengadap gajet, di dalam sistem otak akan ada satu bahagian otak di namakan "Nucleus Accumbens" yang berfungsi merembeskan hormon gembira.
Ketika anak menghadap gajet, hormon gembira tersebut akan dirembeskan dan semakin lama terdedah dengan gajet, semakin banyak hormon dirembeskan sehingga ia tidak terkawal dan seterusnya akan mengakibatkan ketagihan.
Jadi, boleh ke kita kaitkan apakah kesan gajet tanpa kawalan ini terhadap kesihatan otak anak kita. Tentunya ia akan memberikankesan buruk jika gajet ini kita berikan berterusan pada anak. Kawal dan tidak perlu bagi terus pun lebih baik.
No comments:
Post a Comment