Wednesday, 25 November 2020

Faham Fitrah Anak

 Fitrah anak itu bermain. Fitrah anak itu juga sukakan perhatian. Sebelum nak anak belajar membaca, ibubapa perlulah faham ftrah anak supaya tidak menajadi ibubapa yang terlalu mendesak anak untuk pandai semua perkara tanpa melihat kemampuan anak.

Mengajar anak kecil memerlukan kesabaran yang tinggi. Kadang kita rasa lebih sukar mengajar anak sendiri berbanding anak orang lain. Betul ke? Ianya jadi susah jika kita tidak ada ilmu mengenal fitrah anak dan memahami fitrah mereka.

Dunia anak adalah bermain. Kadang bila kita mengajar anak, kita rasa mereka tidak mendengar apa yang kita ajar jika mereka tidak duduk diam seperti melompat -lompat atau baring santai semasa belajar. Sudah namanya belajar di rumah, tentulah pelbagai ragam dan coraknya kita akan lihat. Ia tidak bermakna anak tidak belajar. Mereka belajar sambil bermain. Itu memang fitrah mereka terutama anak di usia 0 hingga 4 tahun.

Sumber Gambar: Koleksi Peribadi.

Di atas ini, gambar anak saya Mohamad ketika usianya 3 tahun lebih. asya tidak fokus dia untuk belajar membaca, tetapi lebih kepada mendorong dia untuk minat buat aktiviti dan latih fokus dia. Fokus anak kecil tidak lama pada awalnya. Setiap hari, seperti kata OT Aisyah Rozali, masa yang kita patut luangkan untuk beraktiviti dengan anak hanya 15 minit seorang anak. Jadi kita perlu lakukan aktiviti bersama -sama anak dahulu, mungkin permulaanya hanya 5 minit, tak mengapa, selepas itu boleh biar anak bermain sendiri sampai mereka jemu. Besoknya, boleh tingkatkan lagi masa lebih lama sikit bermain bersama anak itu. 

Jika kita nak ajar anak membaca di awal usia, saya cadangkan usia paling anak 3 tahun 8 bulan. Usia ini juga di mana anak boleh dilatih mengenal simbol dan bunyi. Usia anak ketika ini, kita tidak boleh mengharapkan fokus anak tetapi lebih kepada menarik minat anak untuk belajar. Jika dah minat tentu mereka akan fokus lebih lama. Sama seperti kita dewasa pun, jika dah suka, tentu kita akan lebih lama bagi perhatian. 

Anak akan fokus lebih lama dengan sesuatu yang menarik perhatiannya. Namun, anak juga fitrahnya cepat jemu. Jadi jangan lama sangat kita nak anak buat sesuatu aktiviti dan pelbagaikan aktiviti setiap hari. 


No comments:

Post a Comment

Bermain Bersama- sama Dengan Anak