Wednesday, 25 November 2020

Adakah Ibu Surirumah Sepenuh Masa Atau Bekerja Di Rumah Lebih Banyak Masa Mengajar Anak

 Ibu surirumah sepenuh masa atau bekerja di rumah bagi saya sama sahaja dengan ibu yang bekerja di luar. Bezanya tempat kerja sahaja. Jarak tempat kerja, gerak kerja dan suasana kerja sahaja yang berbeza. Ia bukan masalah ibu bekerja atau ibu tidak bekerja. Ia mengenai pengurusan masa dan emosi. Jika ibu bekerja di rumah atau surirumah sepenuh masa, namun tiada pengurusan masa dan emosi yang baik, proses pembelajaran anak tidak dapat juga dilaksankan dengan baik.

Lebih banyak masa mengajar anak ke? Sama sahaja kerana kualiti masa itu yang kita lihat bukan kuantiti masa. Saya sendiri telah menjadi suri rumah sepenuh masa dan surirumah bekerja di rumah selama 5 tahun dan kini masuk tahun ke 2 saya menjadi ibu bekerja di luar rumah pula. Namun, tetap bekerja bersama anak-anak. 

Surirumah sinonim kerjanya di rumah. Urus hal rumahtangga dari celik mata dan urus perihal anak -anak dari urusan memandikan mereka, beri makan, layan anak, bermain bersama anak dan mengajar anak. Itu belum lagi perihal kerja bisnes yang mereka uruskan. Kebanyakkan ibu -ibu sekarang ramai yang menjadi surirumah bekerja di rumah. Buat bisnes dengan anak-anak di sebelah. Sambil dokong anak, sambil jawab pertanyaan pelanggan. Ia kebiasaan hari ini.

Jika ibu bekerja mungkin tugas uruskan anak itu, diamanahkan kepada pengasuh, jadi mereka fokus kerja hakiki di tempat kerja sahaja, Balik dari kerja baru lihat perihal anak dan rumah. Namun, penatnya sama sahaja. Sudah namanya seorang ibu, pengorbanannya pasti lebih berbanding yang lain.

Berbalik kepada ibu surirumah atau ibu bekerja di rumah perlu juga buat jadual dan tampal agar sentiasa nampak perancangan harian. Godaan di rumah tidak sama di tempat kerja di luar. Rasa nak rehat, oleh rehat sahaja. Rasa nak buat apa sahaja, sukahatilah sebab rumah sendirikan. Bahaya! Sebab itu perlunya jadual yang ditampal untuk mengela terlalu lama atau leka dengan sesuatu urusan yang kurang penting.

Lebih banyak masa kosong sebenarnya ia membuka ruang untuk lebih banyak penyelewengan masa jika ia tidak diuruskan dengan sistematik. Sebagaimana Allah mengingatkan manusia tentang masa dalam Al Quran, Surah Al Asr. Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal soleh seta berpesan kepada kebenaran dan kesabaran. 

Jadi, uruslah masa sebaik mungkin supaya setiap saat itu bermanfaat. Bukan untuk anak dan keluarga sahaja, tetapi untuk diri sendiri. Selitkan aktiviti kerja rumah dengan anak anak sambil mengaja mereka membaca. Sebagai contoh jika hai tersebut ibu buat juadah berasaskan tepun seperti buat doh donat. Boleh ajar anak bentukkan simbol huruf atau bunyi yang kita nak ajar. Belajar secara santai tetapi sampai. Boleh juga lakarkan bentuk hurif guna tepung. Tidak mengapa rumah agak bersepah, janji anak anak pandai. Namun lepas itu kemas semula. Kemas bersama -sama. Anak tentu seronok. 






No comments:

Post a Comment

Bermain Bersama- sama Dengan Anak