Wednesday, 25 November 2020

Bagaimana Anak Kecil Membaca?

 


Anak kecil mudah dilatih membaca kerana mereka mempunyai kekuatan ingatan menyerap apa yang didengar dan dilihat lebih cepat berbanding orang dewasa. Pernah ada kajian menyatakan anak kecil lebih mudah diajar untuk menguasi sesuatu bahasa dari kecil. 

Sebagai contohnya, jika kita bangsa melayu yang bertutur menggunakan bahasa perantaraan bahasa melayu, namun ingin anak mahir bertutur bahasa lain seperti bahasa inggeris dan mandarin, ianya boleh dimulakan ketika anak awal usia. Ini untuk belajar bertutur, ia banyak melibatkan apa yang anak dengar dan sebut.

 Untuk membaca pula anak keci akan membaca dengan memecahkan pola bunyi tertentu untuk digabungkan menjadi sebuah perkataan. Ia melibatkan kemahiran penglihatan, iaitu melihat dan menghubungkaitkan bunyi apa yang dilihatnya itu. Semakin dekat perkaitan bunyi dan perkataan itu, semakin mudah anak membaca dengan lancar.

Jika kaedah membaca menggunakan Fonik Gabung Bunyi, anak akan menyebut bunyi dan gabung bunyi tersebut. Bunyi - bunyi tersebut adalah sangat hampir dengan bunyi perkataan yang dibaca.

Contohnya perkataan abu. Dalam kaedah fonik, kita akan sebut aa dengan membuka mulut luas. Manakala b dengan bunyi beh, dengan bibir rapat dan diletupkan dan u dengan bunyi uu iaitu mulut dimuncungkan. Hasil daripada gabungan bunyi - bunyi ini, maka anak akan baca perkataan abu. Baca terus, tidak mengeja atau menghafal.

Kaedah fonik ini sangat dekat dengan perkataan yang di sebut tadi dan ada perkaitan bunyi dalam perkataan itu. Maksud fonik itu sendiri adalah bunyiterkecil dalam bahasa pertuturan.

 Bagaimana kita ajar anak bertutur, begitulah kita ajar ana membaca. Ianya berkaitan dengan bunyi. Sebab itu kaedah fonik sangat membantu anak kecil membaca dengan lebih baik.









No comments:

Post a Comment

Bermain Bersama- sama Dengan Anak